Monday, April 27, 2009

Sessi menjahit

Dalam tesion kat opis...aku sempat menjahit 2 pasang baju kurung. Aku ni memang jenis kalau benda tu berlaku kat opis, ia tidak akan menjadi masalah sehingga kat rumah. Tak adil kan, kalau perkara kat opis bawak sampai kat rumah.

Ini tempahan baju kurung yang pertama aku buat ... tapi sebenarnya dah pernah jahitkan baju Ema untuk raya last year...itu pun sebab kena paksa....hehehehehe.

Baju ini ditempah oleh jiran aku untuk anak daranya, IKA. Time kasih K.Ani,kerana memberikan kepercayaan kat aku dan sila berikan komen dengan hasil kerja tangan aku itu...buat masa ini aku ambil tempahan baju kurung untuk anak-anak je la dulu. Bila confident level aku dah kuat baru la nak ambil tempahan baju untuk semua.



Yang ni pulak baju ANIS...katanya nak pakai ke kelas tambahan sekolah agama. Ustazah sekolah mahu semua murid-murid datang memakai baju kurung...tidak seperti tahun-tahun lepas dibolehkan memakai seluar dan baju panjang. Tak pe la, untuk kebaikan mereka dimasa depan. Tapi bila tengok balik baju anis ni, macam baju kurung nak gi majlis kenduri kawin jer. Tak tau la dia nak pakai ke tak...since dia ni memang banyak pantang. Tak nak baju berbunga-bunga la... itu la ini la. Memang terkenal sikit anak dara aku ni dengan kecerewetannya.



Baju oren ni aku suruh jiran buat...dan aku tambahkan manik di lengan baju. Semua siap didalam minggu ini.



Ini mesin jahit tua aku yang banyak membantu aku...walaupun kadang-kadang banyak jugak ragamnya. Usia dah menjangkau 10 tahun.



Terima kasih Allah kerana memberikan kekuatan kepada hambamu ini...murahkan rezeki ku ya Allah. Amin....

0 comments: