Monday, April 27, 2009

Sessi menjahit

Dalam tesion kat opis...aku sempat menjahit 2 pasang baju kurung. Aku ni memang jenis kalau benda tu berlaku kat opis, ia tidak akan menjadi masalah sehingga kat rumah. Tak adil kan, kalau perkara kat opis bawak sampai kat rumah.

Ini tempahan baju kurung yang pertama aku buat ... tapi sebenarnya dah pernah jahitkan baju Ema untuk raya last year...itu pun sebab kena paksa....hehehehehe.

Baju ini ditempah oleh jiran aku untuk anak daranya, IKA. Time kasih K.Ani,kerana memberikan kepercayaan kat aku dan sila berikan komen dengan hasil kerja tangan aku itu...buat masa ini aku ambil tempahan baju kurung untuk anak-anak je la dulu. Bila confident level aku dah kuat baru la nak ambil tempahan baju untuk semua.



Yang ni pulak baju ANIS...katanya nak pakai ke kelas tambahan sekolah agama. Ustazah sekolah mahu semua murid-murid datang memakai baju kurung...tidak seperti tahun-tahun lepas dibolehkan memakai seluar dan baju panjang. Tak pe la, untuk kebaikan mereka dimasa depan. Tapi bila tengok balik baju anis ni, macam baju kurung nak gi majlis kenduri kawin jer. Tak tau la dia nak pakai ke tak...since dia ni memang banyak pantang. Tak nak baju berbunga-bunga la... itu la ini la. Memang terkenal sikit anak dara aku ni dengan kecerewetannya.



Baju oren ni aku suruh jiran buat...dan aku tambahkan manik di lengan baju. Semua siap didalam minggu ini.



Ini mesin jahit tua aku yang banyak membantu aku...walaupun kadang-kadang banyak jugak ragamnya. Usia dah menjangkau 10 tahun.



Terima kasih Allah kerana memberikan kekuatan kepada hambamu ini...murahkan rezeki ku ya Allah. Amin....

Tensionnya AKU....

Minggu lepas minggu paling tension aku kat opis... bukannya la pasal banyak keja tapi pasal aku disuruh buat kerja secara membabi buta. Aku ni dah terbiasa bercakap ikut sedap mulut kot...bila orang suruh aku buat keja buta-buta jer..so aku reply la balik kat dia...takkan i nak bodoh-bodoh je hantar whithout checking what is right and what is wrong. Kata-kata aku yang telah menimbulkan api kemarahan... apa lagi meledak lah gunung berapi kat aku. Tapi aku tak rasa gentar ke apa ke...sebab aku ada point kat situ bahawa aku betul dan aku tak nak disebabkan kebodohan itu aku akan dipersalahkan oleh semua pihak dimasa akan datang. Ini kerana pengalaman telah mengajar aku untuk tidak mengikut saja arah telunjuk dia.

Air mata aku tumpah separuh hari di ofis, gara-gara perangai dia. Tidak pernah dalam sejarah hidup aku bekerja menangis disebabkan kerja dan boss. Tapi hari ni aku tewas...aku tewas dengan apa yang telah dilakukan terhadap aku. Ntah lah maleh nak citer lagi. Buat sakit hati aku yang dah tersedia sakit ni.

Tak pe lah...mungkin hari ni dia begitu bangga dengan apa yang dia ada. Tapi aku yakin Allah itu Maha Adil pasti dia akan merasa apa yang kami (aku dan kawan2) rasa. Hidup ini upama roda , sekarang kau diatas dan pasti kau akan kebawah jugak satu hari nanti.

Monday, April 20, 2009

Kelas Cupcake

Hari sabtu lepas aku p menghadirkan diri ke cupcake class - basic & deco. Fun jugak lah since boleh main-main cam anak2 aku dulu main play doh. Belajar kt Daalia at USJ; http://lea-oven.blogspot.com . Belajar dalam group of five....Tengok je la hasil keras tangan aku untuk first touch dalam buat kek and deco ni.Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....





Monday, April 13, 2009

Minggu rajin

Last week aku paling rajin...buat 2 resepi untuk minum petang. Mula-mula buat roti jalan makan dengan kari ayam. Esoknya aku buat kuih cara. Makanan ni senang je resepinya cuma nak masak nya aje yang agak lambat.


Bahan-bahan untuk kuih cara

Tepung gandum dalam 2 cawan
Santan pekat
Pati pandan
Telur 1 butir
Pewarna hijau
Garam

Blender semua bahan kecuali gula. Pas tu tuangkan kedalam acuan yang
dah dipanaskan. Api sederhana je puan-puan. Pas tu letak gula. Masak
dan hidangkan. Makan le dengan sepuas-puasnya. Kalau nak beli 3 ketul
dah seringgit, kalau buat puas dek makan.

Gambar kuih cara aku ni tak berapa nak nampak...tak tau apa kena ngan
kamera aku nih.




Ni roti jala.

Bahan-bahan
500g tepung gandum
i biji telur
Air - agak2 le
Pewarna kuning atau kunyit
Garam

Blender semua dan tapis. Tebar kan je diatas kuali lepar. Lepas suka hati le
nak digulung atau di lipat. Aku lipat je masa atas kuali tu...ate udah tak de
assistant nak tolong. Hidangkan dan makan dengan kari ayam atau daging.

Urmmmmmmm sehingga menjilat jari.

***sumber resepi dari sahabat MGH88 ZAMANI AISHAH yang sekarang ni kt MILAN.
Siap kutuk aku tu mintak resepi ... aku cuma tak try ko nya resepi apam
balik lagi....insyaallah nnt aku nak cuba gak ****

Thursday, April 9, 2009

Wajah Baru

Lama dah tak update... malas melanda.

Ni le wajah ofis MSB yang baru....


Entrance dan tempat VIP segala

Lorong nak ke workstation aku

Ini la workstation aku sekarang...comel je kan.... ya lah keja aku cuma wat project jer. Ye ke buat project tu...pc tu macam tengah bukak blog MUS jer...wakakaka

Ini lah pantry yang aku jarang kunjungi...