Sunday, March 29, 2009

Kawin - IJA & DIN

Aku ni asyik update kan orang kawin jer... time aku kawin dulu tak ada sapa pun nak update bagai ..huhuhu. Dah lama beb, mana ada benda2 canggih gini...14 tahun yang lepas.

Anyway congratulation for my niece .... NURULFAIZAH & NORDIN.... moga bahagia hingga ke akhir hayat. Aku ni mcm orang kuat gak la masa wedding depa nih!!! Aku la yang orang yang arrange dia nya fotographer, sponsor untuk dia nya bunga telur walaupun tak le banyak mana ... cm seronok la pulak.

Aku adalah menyumbang keras tangan untuk hantaran. Sirih junjung ... aku la yang buat walaupun idea tu datang nya dari majalah... tp kira okey la kan




And the making of ......




Dan tak lupa anak aku yang jadi tukang pegang ekor baju dia.....

Tuesday, March 24, 2009

EMOSI AKU.....

Ntah le sejak-sejak aku kena tinggal dek kengkawan kt MSB ni, aku paling senang nak nangis. Walaupun dulu aku antara orang yang payah nak nangis kalau pasal2 opis ni...tak da maknanya nak nangis coz of boss or kerja. But now senang je nak mengalirkan air mata.... Buat Peter, Farid & Ema, sampai hati korang tinggalkan aku kat MSB ni sendirian... Since dari Januari satu demi satu pergi...dimulakan dengan farid, February - Ema mengatur langkah then March - Peter pulak pergi...Adakah April ada peluang terbaik untuk aku meneruskan kerjaya di luar sana. Aku sangat2 berharap yang aku akan berjaya keluar dari sini ....hua hua hua.

Nnt la aku update gambar opis baru... yang ala-ala cm opis sikit la. Tak leh nak komen bebanyak nnt banyak hal lak yang leh berlaku.

Pesanan buat korang bertiga - ingat janji korang nak dapatkan aku keja...

Wednesday, March 11, 2009

sama atau beza

Ada persamaan ke tak 2 gambar ni....



Actuallynya itu le wajah AMILA SOFIA setelah dilukis oleh kartunis Padi dari Majalah G3 sewaktu kami berkunjung ke mini karnival sale KARANGKRAF pada 28 Feb 2009. Kagum gak aku ...sepontan dan sepantas kilat. Aku suruh Anis gak lukis gambar dia...tp tau le anak dara aku yang sorang ni banyak pantang.... what to do???

HAPPY BIRTHDAY - 25 FEB

happy birtday to my dearest husband .... ZULKIFLI BIN RAMLI.... and this year only cake jer yang mampu.


Cupcake combination of white and purple ... order dari Aida (wife my eX-boss masa kat Antah, Encik Mohd Nazim Mail). Kalau berminat ni dia punya blog :http://pinkflower-pinkflower.blogspot.com/. Cake dia memang best ... decoration also very nice.


Monday, March 9, 2009

KUIH KOCI

Percubaan pertama membuat kuih koci...intinya bukan aku yang bikin. It was given by my sister.

Terima kasih kepada sahabatMGH88, Acai... banyak ajar aku buek kuih2 tradisional.


And here it is ......



Disebabkan tiada pengalaman membungkus, maka ini lah kuih koci yang tak sama saiz...

Buruk banget sih

Majlis perkahwinan

Sekitar majlis perkahwinan Suriani & Farid
CONGRATULATION for both of you



A very nice singgahsana
by Sanggar Masri Klasik
Bagai pinang di belah dua
4 beauties ...

Yang mana satu menjadi pilihan
From Left : Nana, Anis, Aisyah & K. Ngah Nurul

Last but not least
Mother in law to be ...baju pun sedondon juga
From Left : Liza & Nana
Me & Anis
Amy & K. Ngah Nurul
K. Ayu & Aisyah

Thursday, March 5, 2009

SIBUK NYA AKU ....

Bukan kaki nyibuk k. Bermula dari esok aku akan gantung periuk belanga setiap weekend. Esok kenduri jiran depan umah...kena gak tunjuk muka. Dari aku, suami, anak2 semua akan sibuk... Aku dengan aktiviti kaum ibu le ... suami juga dengan tugas yang dah diamanahkan.

Si anis pun terlibat jugak ....hahaha. Anak dara aku ni kena jadi flower girl... dia cm tak nak tp dah diorang siapkan baju bagai, so ... dalam keterpaksaan dia akan memakai gown panjang + kasut warna putih... hehehehe punya la dia tak suka dengan dress yang mcm tu. Tp aku suka supaya dia nampak lebih gegirl sikit.




Next week umah cousin aku kt kajang lak buat kenduri kawin. The one and only anak yang dia ada ... so kena la jadi orang kuat. And this time si Sofia lak terpilih untuk jadi flower gir. Dia ni memang suka benda2 gini so tak ada problem la.





Week after rumah sahabatMGH88...cikgu senah. Kena la jugak pergi sebab dia lah antara sahabat aku yang rajin datang bila aku wat kenduri. Terima kasih cikgu.





Month end pulak umah K. Nah, x-bb sitter aku yang telah menjaga anak-anak ku. Dia terlalu baik kepada keluarga kami. Tahniah k. nah & abang mat... naik sikit pangkat.




Dan aku terpaksa stop kan anis & sofia punya tution utk mac.... dan sambung semula bulan april sok.

Fuyoooooooooooooooooooooooo



Wednesday, March 4, 2009

HANYA AKU YANG TAHU

Hanya aku yang tahu betapa bosannya aku kat opis ni. Sume kawan-kawan aku dah pergi meninggalkan aku sorang-sorang kat sini. Sapa lagi kalau tak EMA & FARID ... anyway you all memang best la. Susah le nak dapat kawan and adik yang satu kapla (ye ker adik... cam tua lak aku rasa). Now aku dah tak ada friends to talk to, to share problem, ketawa terbahak-bahak kat opis ni. Bak kata sixth sense tu .....TANPA.


Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski pagi itu menatapi

Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benak hatiku tanpamu
Aku tak mengerti

Takut Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
hohoo…

Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian tanpa engkau aku tak mengerti


Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Tanpa cintamu aku mati
Hohoo ....


Bosan yang aku rasa ni bukannya sikit2 tau ... tp dah tahap maksimum ..... so daripada melayan bosan ni adalah lebih baik kalau aku bikin ini blog la...

Tq cici, sahabat a.k.a adik aku yang tersayang ni (che!!! ye ker). Kau le yang buat akak teruja nak wat blog ni.... kalau tidak idok le teman berminat nak buat, cukup la membaca blog-blog orang lain yang kadang kala membuat aku senyum dan ceria.